Terlintas idea nak tulis cerita pasal bentan ni sebab tadi saya baru aje selesai menonton cerita bertajuk ‘Ikal Mayang’ tentang seorang ibu yang tak tahan dengan pantang sampai tahap nak meroyan. Penat- penat dah bersalin tiba- tiba si ibu nak cederakan bayi sendiri pula. Nauzubillah.
Tak dinafikan, masa berpantang adalah fasa yang amat menyeksakan. Bayangkan badan sakit berjahit, bengkak susu lagi, anak asyik bangun berjaga, tidur tak cukup,badan nampak gemuk, bab makan pula kena jaga, sembelit lagi. Belum masuk part dilarang minum air masak banyak sebab risau rahim basah-> which is sangatlah mitos! Memang boleh stress, lagi-lagi bila terpaksa berjauhan ngan suami dan si abang atau kakak pula buat hal bila dapat adik. Kalau emosi tak kental, takde yang membantu dan support si ibu memang boleh mengundang bahaya. Sebab tulah ibu pantang sangat dilarang tinggal berseorang. Takut pula terjadi perkara- perkara tidak diingini.
Okeh let’s get back to the topic! Harini kita nak bercakap pasal bentan. Honestly saya pernah terkena bentan yang teruk sampai admit hospital semasa melahirkan anak ke-2 saya. Alkisahnya kerana saya teramat penat dan stress sebab waktu tu baby Haziq terkena jaundis tinggi dan prolonged menyebabkan saya terlalu risau. Saya juga beberapa kali skip makan vitamin (no wonder la jatuh sakit) so memang silap saya sendiri terkena bentan waktu tu. Culas dalam menjaga diri
. For those yang dah merasai bentan ni memang sangat serik kan? Untuk ibu baru pula of course belum ada pengalaman, so mari kita tengok apa tanda – tanda dan sebab bentan ni sebenarnya?
Bentan terjadi apabila badan tiba- tiba berasa seram sejuk dan menggigil. Suhu badan meningkat seperti demam, segala sendi berasa sakit dan bisa- bisa urat berlaku. Bentan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti tersalah makan, ibu terlalu aktif dan terlanggar benda keras sewaktu dalam pantang.
Jenis – jenis bentan.
#1 Bentan urat : sendi badan menggigil kesejukan walaupun cuaca panas, berlaku bisa- bisa urat, seluruh otot badan tegang dan badan menjadi lemah seperti demam. Punca berlakunya bentan urat kerana ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal yang lasak. Rawatan bertungku atau mandi wap herba boleh melegakan bentan urat.
#2 Bentan urat peranakan : sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
#3 Bentan urat besar (pinggang): Kebiasannya bentan ini berlaku kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Tips Mengelakkan Bentan.
- Banyakkan berehat : jangan terlalu aktif /lasak especially ibu yang berpantang sendiri di rumah dan menguruskan anak- anak sendiri. Banyakkan rehat dan elakkan mengangkat objek berat. Mintalah banyuan daripadaa suami atau ibu untuk membantu anda di rumah.
- Elakkan jangkitan kuman: jaga kebersihan diri untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan saluran air kencing. Tukar pada sekerap yang mungkin untuk pastikan anda sentiasa bersih.
- Jaga pemakanan: paling penting please jaga makan. Sebab punca utama bentan adalah disebabkan pemakanan.Jangan culas makan vitamin! Ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
- Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal walaupun cuaca panas. Memang rasa agak ‘lemas’ tapi kena tahan:D
- Jangan berjalan laju: untuk elak daripada jahitan terbuka dan terlanggar benda keras yang boleh akibatkan bentan.
- Mandi dengan air suam : untuk elakkan badan menjadi sejuk dan urat kecut. Lagi best bila air tadi di campur dengan daun-daun herba. Sekarang ni dah ada jual paket air herba di kedai-kedai jamu boleh beli aje bagi ibu yang berpantang sendiri.
- Sentiasa bertungku untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.
Kesimpulannya,jagalah pantang selepas bersalin untuk elakkan bentan terjadi. Tempoh 44 hari itu memang menguji kesabaran. Tapi ada reward nya kerana ibu yang menjaga pantang kebanyakannya akan rasa lebih sihat, wajah lebih berseri, dan paling penting rahim lebih sihat so takdelah suami hilang minat di kemudian hari. All in all, rahim yang sihat akan terserlah dengan wajah yang berseri di luaran;)
P/S: Jangan lupa minta hasben masing- masing reward anda selepas habis pantang. Sekali sekali nak makan tempat best as reward sebab berjaya melepasi fasa pantang dengan sukses
MASKER INTIM ANGGUN SYYHHH!!! RAHSIA KITA

No comments:
Post a Comment